Islam yg hanif memandang masing2 di antara muslimin dan muslimat sebagai pasangan yg dengan keduanya kehidupan manusia berjalan beriringan tanpa melebihkan yg satu di atas yg lain dari segi nilai kemanusiaanya.Firman Allah S.W.T:
Wahai manusia,sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita ,dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa serta bersuku-suku,supaya kamu saling kenal mengenal.Sesungguhnya orang yg paling mulia di sisi Allah S.W.T ialah orang yg paling bertqawa diantara kamu. (Al-Hujurat:13)
Yang menjadi ukuran di sisi Allah S.W.T adlh amal soleh.Allah juga telah menjelaskan bahawa lelaki dan wanita dituntut utk melaknaskan tugasnya masing-masing.
…agar tiap-tiap diri diberi balasan terhadap apa yg dikerjakannya dan mereka tidak akn dirugikan, (Al-Jathiyah:22)
Wanita dikuasai oleh naluri perasaan dan cepat beremosi.Kerana kekurangan itu,maka dituntut bantuan orang lain.Sebagaimana diterangkan Allah S.W.T dlm firmanNya:
Jika tidak ada dua orang lelaki,maka(boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi kamu redhai,supaya jika seorang lupa ,maka seorang lg mengingatkan yg lain (Al-Baqarah:282)
Wahai saudari muslimahku,sekarng kita perhatikan wasiat Nabi SAW,agar engkau mmemproleh kebaikan di dunia dan akhirat .
Iman adalah perkataan,amal dan akidah dapat berkurang dan bertambah kerana ketaatan dan kederhakaan kepada Allah S.W.T.Allah telah menasihati orang2 yg beriman dengan firmanNya;
Sessungguhnya orang2 yg beriman itu adalah mereka yg apabila disebutAllah,gementarlah hati mereka ,dan apabila dibacakn kepada mereka ayat-ayatNya bertamabh iman mereka (keranaNya) dan kepada Tuhannyalah mereka bertawakal iaitu orang2 yg mendirikn solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yg kami berikan kepada mereka (Al-Anfal:2-3)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan