Selasa, 26 Julai 2011

Pengarah JPMK pulang Malaysia secara mengejut




 25 JULAI - Pengarah JPMK dimaklumkan pulang ke Malaysia baru-baru ini. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Warden Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) ketika pertemuan dengan PMRAM semalam.

Beliau dijangka kembali bertugas pada akhir Bulan Julai. Walaubagaimanapun, tujuan kepulangannya secara mengejut ini tidak diketahui. Bahkan, kepulangannya sendiri telah dirahsiakan dari pengetahuan semua.

Warden ARMA dedah konspirasi


25 JULAI - Semalam telah diadakan pertemuan antara PMRAM, 3 orang mangsa halau dan Warden Asrama Rumah Melayu Abbasiah. PMRAM telah diwakili oleh Saudara Aziz bin Ali selaku Timbalan Presiden dan Saudara Firdaus bin Noh selaku Setiausaha Agung. Pertemuan diadakan pada jam 9.30 pagi bagi mendapatkan penjelasan dan menyatakan pendirian PMRAM terhadap tindakan warden yang menyalahi etika.

Warden ARMA memaklumkan bahawa tindakannya berdasarkan arahan daripada Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK).

"Saya hanya melaksanakan arahan", katanya di dalam pertemuan tersebut.

"Setakat ini kami memberi amaran dan keputusannya bergantung kepada pertemuan 3 mangsa tersebut bersama Pengarah JPMK", katanya lagi.

Pengarah JPMK berada di Malaysia ketika ini, dan dijangka akan kembali bertugas di Mesir pada akhir bulan ini.

Sebagai rekod, 3 orang mahasiswa terbabit mendakwa bahawa warden ARMA telah menghalau mereka tanpa notis. Namun mereka tetap berkeras untuk tidak keluar dari asrama tersebut.

Walaubagaimanapun, PMRAM tetap bertegas dalam mempertahankan hak mahasiswa.

"PMRAM bersedia berjumpa dengan sesiapa sahaja untuk membincangkan apa jua masalah yang berlaku. PMRAM pantang dicabar" Kata Presiden PMRAM, Saudara Zuhaili Saiman ketika dihubungi.

Kedutaan Mengheret Al-Azhar



26 JULAI - Semalam telah diadakan satu pertemuan di antara pihak Universiti al Azhar, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK), Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) dan beberapa orang mahasiswa.

Perjumpaan tersebut diadakan di Masyaikhah al Azhar, pada jam 2 petang. Perjumpaan tersebut dihadiri sendiri oleh Syeikhul Azhar, Dr Ahmad Tayyib.

Di dalam pertemuan itu, Dato Duta telah menyerahkan fail berkenaan himpunan BERSIH 2.0 yang diadakan di Mesir.

Ketika dihubungi, pihak PMRAM menyatakan bahawa pihaknya tidak dapat hadir dalam pertemuan tersebut kerana enggan mengheret al Azhar dalam isu pencabulan hak mahasiswa dan salah laku pegawai.

"Isu yang berlaku langsung tidak membabitkan nama al Azhar. Namun, pihak kedutaan telah mengheret al Azhar dalam isu ini", kata Saudara Zuhaili bin Saiman, Presiden PMRAM.

Sabtu, 16 Julai 2011

Rakyat sedia menanti semboyan BERSIH 3.0

KUALA LUMPUR: Perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mungkin diadakan sekali lagi jika Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) gagal memenuhi lapan tuntutan yang dikemukakan. 

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan memberi tempoh supaya SPR berubah, sebelum tarikh pilihan raya umum akan datang (PRU 13). 

"Kalau tiada perubahan menjelang pilihan raya, kita akan desak Bersih supaya adakan perhimpunan sekali lagi," katanya dalam sidang media di ibu pejabat Pas di sini hari ini. 

Mohammad, yang dikenali Mat Sabu berkata SPR perlu melaksanakan segera apa yang termaktub dalam bidang kuasanya, seperti penggunaan dakwat kekal. 

Mengulangi pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap Bersih 2.0 hanyalah permulaan, Mat Sabu berkata Bersih 3.0 akan dibuat secara lebih besar jika tuntutan itu gagal dipenuhi. 

Beliau turut menyelar cara polis yang sanggup bertindak mencederakan orang awam termasuk pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Sabtu lalu seolah-olah ia berada dalam kawalan Umporno. 


"Kalau Umporno jatuh, polis tidak akan jatuh sebab mereka pekerja awam. 

"Tetapi malangnya polis dilihat bukan jaga keselamatan tapi menjaga Umporno," katanya yang turut mengalami kecederaan akibat dilanggar polis semasa menaiki motosikal menuju ke perhimpunan Bersih, sebelum ditangkap Sabtu lalu. 

Beliau yang terpaksa berkerusi roda kerana tidak mampu untuk berjalan itu akan menjalani pembedahan di Hospital KPJ Shah Alam Jumaat ini. 

Beliau juga akan membuat laporan polis mengenai kemalangan itu pada petang ini serta akan memikirkan untuk mengambil tindakan undang-undang. 


DAP perlu hormati PAS


Tindakan kerajaan Kedah di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengeluarkan arahan bertulis mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu menghentikan operasinya pada Ramadan ini adalah satu tindakan yang betul. 
 
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyokong penuh tindakan tersebut kerana ia menguatkuasakan undang-undang yang telah sedia ada iaitu Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang perlu dihormati oleh setiap rakyat tanpa mengira kaum.
 
"Tindakan Datuk Seri Azizan adalah satu tindakan yang betul kerana ia berdasarkan undang-undang. Oleh itu, Isma menyokong tindakan beliau dan tidak timbul isu ia perlu dirunding semula," kata presidennya, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman dalam satu kenyataan.
Katanya, sebagai menghormati bulan Ramadan yang mulia, pihak pengusaha pusat hiburan perlu mematuhi arahan tersebut walaupun sepatutnya aktiviti maksiat diharamkan bukan sahaja pada bulan Ramadan semata-mata.

"Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia bagi umat Islam, maka ia perlu dihormati dengan menghentikan aktiviti hiburan dan maksiat. Ia bukan sahaja patut diharamkan pada bulan ini, malah sepanjang tahun," katanya.

Tambahnya, Isma juga berpendapat bahawa langkah yang diambil oleh pihak kerajaan negeri amat sesuai dengan imej Malaysia sebagai negara Islam.

Mengulas berkenaan tuntutan pihak DAP yang mahu perkara itu dirunding semula, Abdullah menyatakan bahawa tindakan melaksanakan undang-undang dan menegakkan syiar Islam tidak perlu dirunding sebaliknya harus dihormati oleh semua pihak.

Merujuk kepada kenyataan MCA pula, Abdullah mahu MCA menerima hakikat bahawa Malaysia adalah negara Islam yang merdeka dan memiliki undang-undang sendiri.

"MCA perlu terima hakikat bahawa Malaysia adalah negara Islam yang merdeka dan ada undang-undang sendiri. Jadi, tidak perlu merujuk kepada mana-mana norma asing seperti deklarasi hak asasi manusia atau sebagainya," jelas beliau
Sharpshooter - Mengapa DAP sering menggunakan media untuk menghentam PAS atau Keadilan? Ini bukan kali pertama DAP bertindak demikian malah itulah sikap sesetengah pimpinan DAP yang sering gunakan media dan bukannya saluran dalaman yang sepatutnya mereka gunakan.
Jika pimpinan PAS atau Keadilan gunakan media menghentam DAP atau rakan Pakatan Rakyat, akan dikenakan tindakan tetapi jika pimpinan DAP hentam PAS atau Keadilan seolah-olah ianya diharuskan. Di manakah keadilannya?
Adakah pimpinan DAP di Pulau Pinang buat keputusan semuanya berunding dengan Keadilan dan PAS? Jawapannya ada yang tidak, contohnya perlantikan YDP MPSP dan MPPP, langsung ianya tidak pernah dibincangkan bersama Keadilan dan PAS.
Tidak perlulah didedahkan semuanya tetapi apa yang perlu adalah mesyuarat Pakatan Rakyat di peringkat negeri wajib diadakan segera demi untuk kebaikan Pakatan Rakyat.

Khamis, 14 Julai 2011

Kerajaan Takut Dengan Pelajar Mesir!!!Ugut nak Tarik Biasiswa

Pelajar Terengganu adalah antara hampir 300 pelajar Malaysia di Mesir yang dikesan berhimpun di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, untuk menyatakan sokongan padu terhadap perhimpunan haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lepas. 

Kebanyakan pelajar Malaysia itu mengenakan pakaian kuning dan ada juga mengenakan pakaian tema baju BERSIH 2.0 dan menandatangani pada sepanduk yang telah disediakan di dataran berkenaan.
Ada sebilangan pelajar juga bergambar sambil memegang bendera negeri dan aksi pelajar berkenaan dipaparkan dalam laman sosial Facebook.

Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Aziz Mamat, ketika dihubungi berkata, pada masa ini beliau masih menunggu laporan lengkap daripada Pegawai Tadbir Asrama Darul Iman di Mesir dan Jabatan Penuntut Malaysia.

Eloklah kerajaan Terengganu mengenal pasti mereka dan bawa saja mereka balik untuk terus berkecimpung dalam politik dan tak perlu lah kerajaan negeri Terengganu membazirkan duit membiayai mereka yng lebih berminat untuk menggulingkan kerajaan sendiri dari belajar.

Apabila p[ulang , suruh sahaja mereka menjalani kehidupan pilihan mereka dan jika mereka mahu terus mahu menyambung pelajaran mereka biarlah mereka minta Pakatan rakyat yang membayar segala perbelajaan pelajaran mereka.

Sabtu, 9 Julai 2011

BERSIH 2.0 di Mesir



Perhimpunan BERSIH 2.0


]KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin pembangkang lain serta penganjur perhimpunan haram BERSIH dilaporkan ditahan polis dekat KL Sentral ketika berarak dari Hotel KL Hilton di mana mereka berkumpul. 

Turut dilaporkan ditahan kerana menyertai perhimpunan haram itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga.Kenyataan rasmi polis mengenai penahanan itu belum diperoleh. - Berita Harian


Polis Selangor tahan individu bawa peluru


2011/07/09

SHAH ALAM: Polis Selangor menahan 18 orang, antaranya kerana membawa senjata dan baju-T dengan logo perhimpunan haram BERSIH 2.0 sejak malam tadi. 

Menurut kenyataan media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini, tiga lelaki termasuk seorang remaja yang menaiki sebuah kereta ditahan jam 9.50 malam tadi dalam satu sekatan jalan raya di Kuala Selangor dekat sini apabila polis menemui peluru senapang patah serta parang dibalut dengan bendera PAS.Mereka yang berumur antara 17 dan 45 tahun disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.
Sebelum itu, polis menahan tujuh lelaki dalam sekatan jalan raya di dua lokasi berasingan di daerah itu pukul 4.30 petang semalam dan merampas baju-t tertera perkataan BERSIH 2.0 dan risalah berkaitan perhimpunan haram. 

Tangkapan pertama membabitkan empat lelaki berumur antara 21 dan 54 tahun manakala tangkapan kedua membabitkan tiga lelaki berumur antara 25 dan 48 tahun dan mereka disiasat mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966. - BERSIH 



Perhimpunan Bersih: FRU lepas gas pemedih mata



Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan keadaan hampir 500 peserta perhimpunan haram yang berkumpul di Masjid Jamek berhampiran LRT.
Walaupun diberi amaran tetapi mereka masih berdegil menyebabkan polis terpaksa bertindak ke atas kumpulan orang yang berterusan melaungkan seruan anti kerajaan. 


Di Dataran Maybank, kumpulan penyokong Bersih semakin meningkat apabila kumpulan yang sedia ada disertai penyokong DAP yang bergerak masuk dari arah Pudu. 
Kumpulan penyokong terbabit mula berarak menghala ke Istana Negara.


KJ ketuai perarakan Patriot ke Stadium Merdeka 


2011/07/09
[/h]KUALA LUMPUR: Lebih seribu anggota kumpulan Patriot yang diketuai Ketua Pemuda UMNO, Khaiy Jamaluddin, berarak dari Bukit Bintang ke Stadium Merdeka sebagai membantah perhimpunan haram BERSIH 2.0. 

Perhimpunan itu turut diharamkan polis bagi mengelak kejadian tidak diingini.Khairy adalah antara inividu yang dilarang berada di tempat perhimpunan haram di ibu negara hari ini.
Polis sudah menahan beberapa pemimpin pembangkang yang termasuk dalam senarai individu yang dilarang memasuki ibu negara itu. - Berita Harian


Jumaat, 8 Julai 2011

Polis benarkan jika perhimpunan esok di luar Kuala Lumpur: Hishammuddin



KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata polis akan memberi permit kepada mereka yang menganjurkan perhimpunan di luar Kuala Lumpur esok. 

"Kelulusan boleh diperoleh segera," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Hishammuddin berkata polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang masih berdegil untuk menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur esok.

Beliau berkata polis telah bertindak adil dalam membuat keputusan, dan telah juga menolak permohonan daripada Pemuda Umno dan Perkasa untuk mengadakan perhimpunan esok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman pula berkata permohonan mendapat permit perhimpunan di sini esok tidak diluluskan.

"Saya selaku Ketua Polis Daerah Dang Wangi tidak meluluskan permohonan tersebut setelah penelitian atas dasar keselamatan awam," katanya kepada pemberita petang ini.

Beliau berkata permit itu dipohon pagi tadi oleh seorang wanita yang menggunakan gelaran Pegawai Program Kesedaran Komuniti Selangor.

Mohamad Zulkarnain berkata dalam permohonan itu, wanita berkenaan mengatakan kira-kira 100,000 orang akan hadir ke perhimpunan itu.

Justeru itu, katanya, jika perhimpunan tersebut diteruskan, tindakan akan diambil di bawah Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.

"Bagaimanapun pihak penganjur masih boleh membuat rayuan dalam tempoh 24 jam dari waktu permohonan ditolak (hari ini) kepada Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh secara bertulis," katanya.

Hishammuddin turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Bagi mengatasi kebimbangan masyarakat, polis menyediakan hotline iaitu di nombor talian 03-21460524 atau 03-21460525 untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut," katanya.

Ditanya mengenai sama ada perhimpunan haram yang dirancang esok dibatalkan, Hishammuddin berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang maklumat.

"Oleh sebab itu saya ssekali lagi menawarkan untuk pihak berkenaan mengadakannya di luar KL, Jika terima tawaran, tidaklah perlu rakyat dan polis bersusah payah memikirkan kebimbingan apa yang berlaku esok," katanya.

"Mengenai sama ada Angkatan Tentera Malaysia akan membantu menghadapi perhimpunan haram itu, katanya pihak polis masih boleh mengawal keadaan dan tidak ada keperluan penglibatan pihak lain.

"Bagaimanapun ia bergantung kepada keadaan semasa," katanya.- Bernama 

Apa itu Bersih ?




Apa itu bersih? Kenapa bersih haram? Kenapa bersih berhimpun?


Rupa-rupanya walaupun BERSIH 2.0 ini tersangatlah popular, rupa-rupanya masih ramai yang tidak tahu apa itu Bersih 2.0. Jutaan terima kasih kepada media yang sentiasa bekerja keras untuk mempromosikan BERSIH 2.O.

Bersih dalam segi bahasa bermaksud kesucian dari segala jenis kekotoran dan pencemaran. Bersih juga merupakan bahagian daripada iman. Dan bersih juga satu amalan yang mulia.




Tetapi kenapa BERSIH haram?

Perkataan Bersih menjadi kontoversi dan perkataan itu haram dicetak pada baju atau dibuat poster bila 10 Oktober 2007 yang lalu telah berlakunya perhimpunan aman yang mencecah angka ratusan ribu rakyat yang berkumpul dan berarak secara aman untuk menghantar Memorandum kepada DYMM AGONG untuk menuntut 8 perkara utama . 

Mereka berhimpun demi menuntut pilihanraya yang bersih lagi adil. Perhimpunan bersih 2007 itu telah menyebabkan UMNO hilang 5 buah negeri oleh pembangkang walaupun tuntutan rakyat supaya dakwat kekal digunakan kepada pengundi telah dibatalkan penggunaanya di saat-saat akhir. Namun, dengan pilihanraya yang bersih dan telus, pembangkang berjaya mendapatkan 5 negeri untuk ditadbirkan oleh Pakatan rakyat.

Maka tahun ini, sebelum menjelang pilihanraya, bersih kembali lagi dengan nama BERSIH 2.0 yang masih sama tuntutanya iaitu;

-Bersihkan senarai undi

-Mereformasikan undi pos

-Gunakan dakwat kekal

-Akses media bebas & adil

-Masa berkempen minima 21 hari

-Kukuhkan institusi awam

-Hentikan rasuah

-Hentikan politik kotor

Perkataan bersih dan warna KUNING yang merupakan warna tema BERSIH dan BERSIH 2.0 telah menjadi satu ancaman kepada negara. Rakyat yang memakai baju kuning dan tertera perkataan BERSIH merupakan satu kesalahan di negara ini.

Masih ramai yang tertanya-tanya kenapa bersih 2.0 haram, ini kerana, jika dilihat pada tuntutannya, tuntutan bersih adalah munasabah sebagai rakyat dan menuntut pilihanraya yang bersih dan telus bukan semata-mata untuk mana-mana parti, tetapi untuk kesemua rakyat di negara ini.

Jika dikatakan perhimpunan itu haram, United Malay National Organization (UMNO) harus ingat, United Malay National Organization ditubuhkan selepas berlakunya perhimpunan rakyat kerana menentang prinsip Jus Soli yg dilaksanakan oleh gagasan Malayan Union.

Bukankah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa setiap warganegara Malaysia berhak bersuara dan mengeluarkan pendapat disamping berhak berhimpun secara aman. Kenapa meraka kata perhimpunan bersih haram.

Mereka kata, perhimpunan aman itu akan bertukar kepada tidak aman. Mana ilmu mereka dapat sehingga mampu membaca masa hadapan. Dan kenapa polis hari ini diberi tugas untuk menghalang perhimpunan BERSIH 2.0. 

Polis ini milik rakyat, dan seharusnya polis menjaga rakyat. Dan jika polis menjaga keamanan perhimpunan BERSIH 2.0 seperti mana polis menjaga keamanan ketika konsert konsert Justin Bieber tempoh hari. Insyallah semua berjalan dengan lancar, ini kerana rakyat hanya datang untuk menghantar Memorandum kepada DYMM AGONG untuk menuntut 8 perkara utama.

BERSIH 2.0 kembali untuk rakyat, bukan untuk mana-mana parti.

Isnin, 4 Julai 2011

Marina Mahathir kritik sekatan bersih

PETALING JAYA: Marina Mahathir, anak perempuan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - bernada toleransi - dan mengkritik sekatan ke atas penyokong Bersih 2.0.

Bercakap bagi pihak Sisters In Islam, salah satu daripada 62 NGO yang membentuk gabungan Bersih, beliau berkata tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa adalah sama seperti yang digunakan oleh diktator dunia ketiga.

"Hanya mereka yang takut akan mengambil jalan keluar dengan perkara-perkara itu ... dan kita berkelakuan seperti negara dunia ketiga atau kurang," katanya pada sidang akhbar di sini yang penuh sesak sambil diapit oleh beberapa wakil dari Bersih.

Lebih daripada 150 orang ditahan, kebanyakannya kerana memakai kuning kemeja-T dengan perkataan "Bersih" yang berkaitan dengan perhimpunan yang dirancang pihak pemantau pilihan raya itu pada 9 Julai.

Pemimpin pembangkang dan beberapa orang telah ditahan untuk disoal siasat kerana menyokong Bersih yang berhimpun untuk menuntut reformasi pilihan raya. Beliau berkata tangkapan besar-besaran adalah satu daripada tindakan paling keras dalam sejarah politik negara.




Marina berkata tindakan keras kerajaan tidak mencerminkan usaha-usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

"Kami sebuah negara membangun, kita perlu bertindak sepertinya dan bangkit di atas (semua ini) dan yakin dengan rakyat," katanya.

Marina juga mengutuk serangan peribadi ke atas Pengerusi Bersih S Ambiga, yang dipujinya kerana mempunyai rekod yang cemerlang dalam memperjuangkan hak asasi manusia.

"Serangan peribadi adalah tidak wajar. Mereka sepatutnya menggunakan hujah-hujah yang lebih baik untuk menyelesaikan isu itu dan tidak mengambil jalan keluar dengan serangan peribadi," katanya.

Najib telah memanggil Ambiga, bekas Presiden Majlis Peguam dan penyokong daripada Pakatan Rakyat.

Pendirian Marina mengenai isu ini bertentangan dengan kedudukan ayahnya. Yang kali terakhir menyokong pendirian Najib bahawa perhimpunan yang dirancang ini sebenarnya bukan untuk menuntut reformasi pilihan raya tetapi untuk mewujudkan satu lagi "tsunami politik" untuk merampas kuasa.

Pada sidang akhbar hari ini, wakil-wakil Bersih menafikan bahawa perhimpunan tersebut mempunyai sebarang agenda tersembunyi politik dan mengulangi bahawa ia adalah aman.

Mereka juga menggesa pihak berkuasa untuk mencari penyelesaian secara baik tanpa membatalkan perhimpunan tersebut.

Road Tour BERSIH di Mesir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...