Sabtu, 16 Julai 2011

Rakyat sedia menanti semboyan BERSIH 3.0

KUALA LUMPUR: Perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mungkin diadakan sekali lagi jika Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) gagal memenuhi lapan tuntutan yang dikemukakan. 

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan memberi tempoh supaya SPR berubah, sebelum tarikh pilihan raya umum akan datang (PRU 13). 

"Kalau tiada perubahan menjelang pilihan raya, kita akan desak Bersih supaya adakan perhimpunan sekali lagi," katanya dalam sidang media di ibu pejabat Pas di sini hari ini. 

Mohammad, yang dikenali Mat Sabu berkata SPR perlu melaksanakan segera apa yang termaktub dalam bidang kuasanya, seperti penggunaan dakwat kekal. 

Mengulangi pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap Bersih 2.0 hanyalah permulaan, Mat Sabu berkata Bersih 3.0 akan dibuat secara lebih besar jika tuntutan itu gagal dipenuhi. 

Beliau turut menyelar cara polis yang sanggup bertindak mencederakan orang awam termasuk pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Sabtu lalu seolah-olah ia berada dalam kawalan Umporno. 


"Kalau Umporno jatuh, polis tidak akan jatuh sebab mereka pekerja awam. 

"Tetapi malangnya polis dilihat bukan jaga keselamatan tapi menjaga Umporno," katanya yang turut mengalami kecederaan akibat dilanggar polis semasa menaiki motosikal menuju ke perhimpunan Bersih, sebelum ditangkap Sabtu lalu. 

Beliau yang terpaksa berkerusi roda kerana tidak mampu untuk berjalan itu akan menjalani pembedahan di Hospital KPJ Shah Alam Jumaat ini. 

Beliau juga akan membuat laporan polis mengenai kemalangan itu pada petang ini serta akan memikirkan untuk mengambil tindakan undang-undang. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...